Tuesday, August 5, 2008

Jana-Wang-Adsens(ver2.0)

Dah lama saya tak menulis dalam blog ni.Keinginan tu datang balik selepas saya beli ebook Adsense yang terbaru:Jana-Wang-Adsense ver2.0.Ianya ditulis dan diupdate dari versi terdahulu oleh saudara Syed Ahmad Munawar,pakar Adsense yang dikenali ramai.

Apa yang ada dalam pakej JWA ni?Segala-galanya terkandung dalam pakej yang saya dapat
selepas download. Salah satunya adalah search tentang keyword atau niche yang ingin kita jadikan blog seterusnya meletakkan kod Adsense.Bercakap tentang niche market,sebenarnya amat bergantung kepada bidaan yang dilakukan oleh pengiklan-pengiklan
melalui Google Adwords.Secara umumnya lebih besar permintaan terhadap sesuatu niche market maka lebih besarlah keuntungan yang boleh dijana berbanding dengan niche market yang permintaannya kecil atau sedikit.

Pendapatan Adsense anda terhadap niche market yang mempunyai nilai permintaan 1000 sebulan tidak sama dengan pendapatan Adsense anda terhadap niche market yang ada permintaan 100,000 sebulan.Tetapi harus diingat,jangan lupa untuk mengambil kira persaingan terhadap niche tersebut.Walaupun sesuatu niche itu ,e,punyai permintaan yang kecil tetapi persaingannya rendah maka itu adalah lebih baik daripada niche yang permintaannya tinggi tetapi persaingannya terlalu besar sehingga anda sukar mendapat trafik yang cukup untuk menjana pendapatan Adsense kerana terpaksa bersaing dengan publishers yang lain.

No comments: